Selasa, 25 September 2012

Lepas imunisasi 2 bulan,badan masing masing agak panas..tak aktif mcm biasa asyik nak merengek jer..cuma tak derlah asyik nak di peluk..kalau tak pening juga umminya nak peluk dua sekali..cepat sembuh yer sayang..

Ahad, 23 September 2012

Janganlah demam...

Hujan agak lebat..Amanda tak berapa tidur,badan agak panas mungkin keletihan baru balik dari PJ semalam,asyik dalam kereta kesana kesini..hmmm harap tidak berpanjangan sebab hari ni jadual imunisasi yg ke-2,kalau demam takut tak jadi pulak..cepat sembuh yer anak ummi..Adleia sihat mcm biasa kalau pandang muka umminya asyik senyum jer...

Rabu, 19 September 2012

Kami dah 2 bulan...

Alhamdulillah setakat ini Amanda Adleia sihat dah tak ada apa apa masalah,betul susu ibu itu baik untuk kesihatan bayi,walaupun keletihan kerana bergilir gilir menyusukan kedua mereka namun melihat kesihatan mereka yg baik,penat pun hilang..sekarang keduanya dah pandai senyum dan mula bersembang,tak faham apa yg diperkatakan tapi keseronokkan melayan kerenah mereka buatkan aku bahagia....

Khamis, 13 September 2012

Dah pergi beraya

Cuaca panas di rumah terbuka raya Dato Warno Dogol..tapi si kembar ni masih maintain tak menangis pun asyik tidur jer..

Isnin, 3 September 2012

Dengan Abang Rayyan

Rayyan anak aku yg no 5,dah 3 tahun pegang title anak bongsu tetiba ada adik lagi kembar lak tu,sedikit resah pada awal kehadiran Amanda dan Adleia..tapi hari ini dia paling seronok dengan gelagat adik adiknyer...Amanda dah dipanggil Alamanda..ryan ryan..mcm mcm hal..

Dah 50 hari...

dua dua dah semakin cerdik..terhibur dengan telatah mereka berdua walau agak penat maklum anak anak lain perlu diuruskan juga..tapi kehadiran si kembar cukup membuatkan kami sekeluarga bertambah bahagia..semoga dilimpahi rahmat allah buat kami sekeluarga.

25 hari....

Amanda & Adleia usia 25 hari....

Hari Pertama

Alhamdulillah hari yg ditunggu menjelma juga akhirnya..baru hari ini berkesempatan nak menulis blog untuk Si kembar..keghairahan untuk menatap wajah keduanya sudah lama berada dalam naluri aku sebagai ibu,keterujaan sejak mengetahui bayi yg aku kandung adalah bayi kembar..memanjat rasa syukur pada allah aku dikurniakan anak kembar perempuan..yg ku berikan nama Nur Saffa Amanda & Nur Saffy Adleia....lahir tanggal 17hb Julai 2012..